Tuesday 31 December 2013

10 TOPIK PALING TRENDING DALAM DUNIA HIBURAN TEMPATAN SEPANJANG 2013

 



Bermula dengan rasa suka-suka untuk membuat parodi di Youtube, mereka kini mula dikenali ramai dengan angka ‘followers’ yang begitu tinggi. Berikut merupakan 10 topik paling trending dalam hiburan tempatan pilihan kami :

1) Bobo – Shae ‘Sayang’
Mula dikenali menerusi lagu Shae berjudul Sayang apabila Bobo telah meniru aksi penyanyi tersebut. Tidak dinafikan ada yang suka kerana bagi mereka parody tersebut merupakan satu hiburan, namun tidak kurang juga yang tidak gemar.
Bobo kini telah menandatangani kontrak bersama bersama Metrowealth International Group (MIG).


2) Gwiyomi
Gwiyomi telah menjadi satu fenomena kedua terbesar di Malaysia selepas ‘Gangnam Style’ dan ‘Harlem Shake’. Ianya bermula sebagai sebuah lagu, namun aksi comel penyanyi asal lagu tersebut, Hari, telah mendapat perhatian dan menjadi ikutan. Selain itu, pengaruh salah seorang artis K-pop dari kumpulan BTOB, Ilhoon juga merupakan salah satu pengaruh dan telah menwan hati peminat0peminat di Asia sehingga menyebabkan trending di Youtube dan juga Twitter.


3) Syasya Solero – Macam Cantik Je
Bermula dengan hanya suka-suka, aksi comel oleh wanita yang dikenali sebagai Syasya ini dengan aksi mata yang besar menyebut “Macam Cantik Je, Macam Comel je” telah menjadi trending! Video yang berdurasi selama 37 saat ini telah ditonton oleh lebih 1.3 juta penonton dan pelbagai respon telah diberikan kepadaSyasya sama ada yang psitif mahupun negatif. Syasya kini telah semakin popular sehingga baru-baru ini telah di jemput oleh Radio ERA.FM sebagai tetamu jemputan selain muncul dalam muzik video lagu terbaru Erry Putra.


4) Wak Doyok
Wak Doyok, suatu nama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen kerana gaya dan perwatakannya yang unik telah berjaya menarik minat anak muda untuk di jadikan sebagai ikon fesyen. Stail dan keunikan beliau bergaya sering mencuri perhatian media dan juga orang ramai, selain itu Wak Doyok juga telah memperkenalkan jenama The Garment yang menampilkan fesyen Mods pada tahun ini.


 5) Shila Amzah – Ombak Rindu
Penyanyi, Shila Amzah telah membuat kejutan apabila telah memuat naik video lagu berjudul ‘Ombak Rindu’ yang dinyanyikan olehnya sendiri, Apa yang membuatkannya menjadi trending ialah lagu terseut telah dinyanyikan sambil menitiskan air mata. Video tersebut telah di muat naik sendiri oleh Shila sebagai tanda memohon maaf berikutan kemelut yang dihadapi oleh ayahnya ND Lala bersama bekas teman lelakinya Sharnaaz Ahmad.



6) Puisi Isteri Pertama Ashraf Muslim
Puisi tersebut menjadi bualan hangat kerana bait-bait ayat yang di karangkan oleh isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana jelas menunjukkan perasaan hatinya ketika mendapat berita suaminya itu telah bernikah di Thailand bersama Sakinah yang merupakan isteri keduanya sekarang. 
Antara bait-bait puisi yang di karangkan ialah “Tak bicara tentang payung emas, kerana aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah.”

7) Isteri Mat Yo – Saya Tak Bodoh
Pada bulan September yang lalu, video amukan isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo telah tersebar di secara meluas secara online. Isterinya, Siti Aisya Adam di katakana mengamuk terhadap seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.Yang menjadikannya trending ialah ayat yang di sebut oleh Siti Aisyah iaitu “Saya Tak Bodoh” secara berulang-ulang kali telah menjadi perbualan ramai.


8) Sharifah Sakinah – Seluar Dalam Merah
Pelakon, Syarifah Sakinah telah menjadi bualan hangat dan juga ayat yang di tuturkan ketika membuat video di laman sosial Keek telah menjadi isu. Beliau dikatakan tidak sensitive terhadap perkataan yang disebutnya iaitu ‘Spender Merah’. Video tersebut sebenarnya di muat naik adalah hanya sekadar suka-suka tetapi dia juga tidak menyangka video tersebut telah menjadi isu.



9) Budak baru ‘couple’ seminggu.
Video budak remaja berusia 15 tahun ini telah berjaya menarik lebih 28 ribu jumlah tontonan di laman Youtube. Dengan mood yang dan juga ucapan yang diberi boleh dikatakan gadis ini sedang bahagia bersama teman lelakinya dan mereka baru sahaja bercinta selama seminggu.Berdurasi selama 2.41 minit, video ini juga ,memaparkan gadis tersebut meluahkan janji-janjinya terhadap kekasihnya yang dikenali sebagai Ery.


10) Erma Fatima, Rebecca – 5 sen
Baru-baru ini industri hiburan telah dikejutkan dengan kes pelakon dan pengarah, Erma Fatima yang telah membayar wang tuntutan saman berjumlah RM 11,200 dengan menggunakan syiling 5 sen.Kes tersebut telah hangat di perkatakan tidak kira sama ada phak media mahupun peminat.

Sumber : Murai

Sunday 17 November 2013

Pink ataupun Merah Jambu ?



Assalamualaikum

Seorang wanita mesti dikaitkan dengan warna Merah Jambu ataupun Pink. Pelikkan , tapi itulah realitinya ! Waktu kita kecil dulu , mak ayah kita selalu belikan baju warna pink. Right?
Sesetengah orang tuh tak suka sangat warna pink . Maybe warna tuh terlalu jambu ataupun terlalu terang sampai boleh 'mencederakan' mata si pemandang ? Mihahaha  

 

Cuba tengok kamera nihh . Ya Allah , cantiknya . Cuba cakap kat sini siapa yang taknak ? Seriously semua orang nakkan . Moga-moga sesiapa yang membaca entry ini akan dimurahkan rezeki untuk mendapat kamera nihh ! Aaminn .


.

Aigooo , comelnya keyboard dia . Siap ada Hello Kitty lagi tuhhh . Tuan dia nih mesti jambu gilakan ? Kalau dekat Malaysia ada jual macam ni dah lama Idayu pergi serbu kedai dia ! Wakaka . Idayu bagi 5 Bintang ! (Suka hati dia je nak bagi berapa bintang -_-) 

 



 


 


 

Macam cantik je . Macam comel je . Hahaha , bukan 'macam' tapi memang cantik ! Jealous gilaa tahap baboon . Semuanya Hello Kitty belaka . Pandang kanan Hello Kitty , Pandang kiri Hello Kitty , tak muak ke kak oii ? Kalau dah suka nak buat macam mana kann ? Kahkahkah !


.


 .


 .

Barang-barang yang berwarna pink . Comel k Comel . I'm speechless when I saw the pink things ! Mulut terkunci rapat . Hanya boleh digambarkan dengan riak wajah sahaja . Jadi kepada hater-hater pink diluar sana , ada banyak masa untuk anda berfikir dan mengubah perspektif anda tentang warna merah jambu ni ! 


So akhir kata , Cita-cita saya ialah menjadi seorang Gadis Jambu ! Anda bagaimana ?


Terima kasih  

Saturday 16 November 2013

CATHY DOLL : L-GLUTATHIONE MAGIC CREAM



Assalamualaikum

Hari tuh Idayu ada terbaca dekat Instagram tentang produk Cathy Doll ni . Macam awesome je. Macam awesome je . Kalau korang nak tahu apa fungsi dia , sila baca dibawah . 





  •  WHITENING ● PORE TIGHTENING 
  •  UV A/B/C PROTECTION
  •  SPF 130
 
 
 
 
 
 
 
 ● Wanita Korea mempunyai kulit yang lebih cerah, halus bersesuaian dengan keadaan iklim sejuk sederhana negara Korea. 
● Kulit berwarna disebabkan kandungan melanin untuk melindungi dari selaran matahari.
●Makin tinggi melanin, semakin gelap warna kulit seseorang dan semakin tinggi daya tahan cahaya matahari. Contohnya kulit warga Afrika sesuai dengan sinaran cahaya kuat matahari di benua itu.
● Cathy Magic Cream khusus untuk wanita tropika dengan kandungan L-Gluthathione 5 kali lebih tinggi khusus untuk mencerahkan dan melindungi kulit dengan SPF 130 pa++ antara tertinggi dipasaran malah ia dapat menjadikan kulit lebih lembut & licin...

Fungsi :
♥ Menyembunyikan Jeragat & Lingkaran Gelap yg tak sekata...
♥ Kesan pencerahan dpt dilihan dlm masa yang sangat singat coz kandungan L-Glthatione pekatan tinggi dan mudah diserap.
♥ Cathy magic Cream memberi kesan wangian berpanjangan untuk pemakainya.

Bahan-Bahan :
Aqua, Paraffinum Liquidum, L-Glutathione, Glycerin, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystearate, Polyglyceryl-3 Disostearate, Titanium Dioxide, Hydrogenated Polyisohutene, Dimenthiconol, Cyclomethicone, Methyparaben, Diazolidinyl Urea, Propylparaben, Fragrance, CI:77891, CI:77491, CI:77492

Cara Menggunakannya :
Sapu & ratakan Cathy Magic Cream di bahagian muka & badan selepas mandi (selepas kering)....Sapu di bahagian muka & badan agar dapat melindungi kulit dari sinaran matahari & ianya dapat menghilangkan kedutan....Tak perlu di bilas...
Ianya sangat sesuai bagi menghilangkan jeragat, jerawat, black / white head....
 
Copy from ----- > Aleesha's Beauty Shop
 
 
 
Kalau nak boleh jumpa tuan blog tersebut . Sekadar berkongsi 
 
Terima Kasih 

Thursday 17 October 2013

Fall In Love with Korea ! ( Part 2)


Assalamualaikum

Huhuhuuu , Tajuk entri kali ni dah macam drama bersiri la pulakk ! siap ada part-part lagi . kan ? Bila Idayu tengah bosan idayu bukak la PTS  ni , cuci mata la katakan . Sambil-sambil tengok novel yang best-best tuh , tetiba pulak ternampak buku nihh ! Omaigodd . I'm Speechless .

  .

Sinopsis :


Rancangan televisyen popular Korea, Running Man kini dalam bentuk komik!


Ayuh bersama-sama ahli Running Man dan selebriti terkenal berlari, menyorok, mencari, dan berusaha menyempurnakan misi yang diberikan.

Kali ini, mereka perlu menyelamatkan Yoona, penyanyi kesayangan ramai yang diculik oleh penjahat Blagoose. Kemerduan suara dan jeritan kesakitan Yoona akan menjadi senjata bagi menjayakan misinya menyebarkan kuasa gelap ke seluruh dunia.

Mampukah Running Man menyelamatkan Yoona dan menghalang niat jahat Blagoose? Berjayakan mereka mengatasi cabaran-cabaran dalam misi ini?

Don't walk but run, Running Man!



Amacam . Ada sesiapa yang berminat nak beli buku ni tak ? Idayu nak sangat buku ni . Moga-moga Allah membuka pintu hati mak Idayu supaya membenarkan Idayu beli buku ni . Mihaha ! dah macam ayat org nak kahwin ! Okaylah kalau ada cerita terkini Idayu akan citer kat korang .



 Kamsahamnida ♥

Monday 14 October 2013

Definisi Hari Raya Aidil Adha



Assalamualaikum




 
 

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Dipetik dari : Sumi Jelly


Thank you  ♥

Sunday 6 October 2013

Fall In Love with Korea

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini kita hidup lagi pada hari ini . Kenapa tajuk macam tuhh ? Macam orang dah angau cinta pun ada kan ? Memang pun ioulss telah jatuh cinta with korea ! WAHH ! Pengakuan hangat ! Mana papa-papa dan mama-mama razzi sekelian ! Where're you ? I need you ! Mihahaha !

Sebenarnya , sebelum ni iolss adalah HATER nombor 1 tauu ! Entah la ? Bila sebut pasal K-pop je rasa macam nak baling je bangku kat orang yang tengah cakap tuh . Amboi , sampai macam tuh iollss nak buatt . Apa dosa orang dok citer pasal K-pop tuh kan ? Tak pasal-pasal tidur atas Simen bertiraikan besi ! Kekehkeh .



Nak dijadikan cerita , satu hari tuh adik iollss tukar channel TV2 . Waktu tuh ada siaran citer Running Man tapi episod 1 kalau tak silap . Mula-mula iolls marah la jugak dekat dia sebab satu patah haram iolss tak faham apa dia cakap . Sakit pulak hati kita waktu tuh , tapi lama-kelamaan TER-layan la pulakk ! Gelak tak sudah dibuat nyaa ! Nasib baik ada iklan , kalau tak iolls rasa iolss dah mati disebabkan gelak yang banyak sangatt !

Kalau you alls nak tahu dalam pendrive iollss just ada citer Running man je . Apa segala kerja PBS yang cikgu kasi semua iolls dah delete sebab berat sangat ! Banyak lagi yang kawan iolls tak kasi citer Running man tuh . Dan kalau korang nak tahu , dalam Running man tuh iolls minat sangat dekat Song Jong Ki . Tapi sayang , sekarang ni dia dah tak da dalam Running man tuhh ! Waaaaaaaaa !


Comel kan ? Melting iteww tengokk ! Mihaha . Ayat gedik dah keluar dahh ! Over je lebih . I don't know why , tapi bila tengok je muka dia ni mulalah terpikir "Sejuk perut mak dia ngandung dia 9 bulan" . Nampak tak permainan dia kat situ . Orang lain kata dia hensem , iolls sampai kat mak dia pulak ! Apa kaitan ngan mak dia pun tak tahu la ?

Punya la iolss layan citer Running man tuh kan , sampai satu hari otak ni berkata "Apakata ko belajar bahasa Korea ? Nak tak ? Kalau dah pandai bahasa korea takyah bace translate dia lagi ?" Baguih tak otak iolss ? Korang patut cemburu sebab takde otak macam ni k ! So citer dia sekarang ni iolss tengah belajar bahasa korea la ! Boleh la sikit-sikit drpd tak tahu langsung kan ? K la lepas ni kita sambung lagi . Kamsahamnida , Annyeong ! 




Terima Kasih

Saturday 21 September 2013

15 Fakta Menarik Tentang Tidur

Perkara yang berlaku ketika tidur: Otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

1. Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:
bayi: 16 jam

2-18 tahun: 10 jam
19-55: 8 jam
lebih 55: 6 jam

3. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain
.
4. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.

5. Parasomia atau dalam istilah kasar nya ‘tidur berjalan’ banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dgn beberapa jenayah seperti Memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak, dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang.

6. 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi anda.

7. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.

8. Posisi anda tidur boleh menunjuk personaliti anda:
a. Bayi: seorang yang kasar tetapi hati yang sentiasa terbuka.
b. kayu balak: suka bersosial
c. Mengiring biasa: suka berpura-pura untuk nampak seperti boleh diharapkan
d. Baring menegak: Boleh dijadikan tempat mengadu
e. Meniarap: menghiburkan
f. Starfish: pendengar terbaik

9. 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan

10. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur. dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.

11. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).

12. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.

13. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

14. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.

15. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.

Copy : Here

Thank You !

Friday 20 September 2013

Gambar Lama


Assalamualaikum
Kalau Idayu tengah bosan mesti Idayu pergi tengok gambar-gambar lama. Sebenarnya takde la lama sangat , dalam 2-5 tahun macam tuh jerr . Kadang-kadang tuh sampai tergelak sorang-sorang tengok gambar tuhh (-_-) . Biasa la orang suka berangan memang macam nihh !


Tengok gamabr kat atas tuh . Entah gambar zaman bila pun aku taktahu . Tapi yang penting tarikh kat situ memang takleh pakai ! Tapi time ni dekat Royal Belum . Dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu .



Muka kanak-kanak memang jelass ! Time ni pulak dekat Saleem Aziz (kalau tak silap) , Gedung kain terbesar di Malaysia ! Time ni mak kitaorg tengah cari kain nak buat baju raya , sambil tunggu tuh kitaorg meroyan la kat sini ! Mihahaha


Selamat hari raya !  Gambar nih pulak time raya 2008 . Raya 5 tahun lepass . Semua pakai warna pink gituhh . Wihahaaha! 



Gambar nih pun adaa ! Aku rasa gambar nih waktu aku darjah satu kot ? Kalau aku darjah satu maknanya tahun 2006 lahh ! fuyoooohh ! Dah lapan tahun rupanya gambar ni , tapi still cantik jugakk macam tuan dalam gambar tuh ! Wakakaka !


Ni dia adik kembar aku ! Waktu kecil-kecil dulu , kitaorg nih memang suka gila kat kucing ! Sayang gegila kat kucing sampai letak nama artis kat kucing nihh ! nak tahu apa ? Nama kucing yg adik Idayu tengah dukung tuh MAWI ! Sebab apa kitaorg letak Mawi sebab dia lahir time AF3 tengah top ! yang lain nama dia Ekin,Felix ! Serius tak leh bla !  



Mawi dengan mak dia NEMO ! Alololo , memang anak mak betul la ko ni Mawi ! Dua-dua comel . I think mungkin sekarang mawi dah ada ramai cicit kan ? Mesti comel-comel !

Sekian . Terima Kasih 

Talasemia

Assalamualaikum

Good Morning bloggerians semuaa ! Hari ini terdetik pulak hati Idayu nak share tentang satu penyakit . Penyakit ni nama dia Talasemia . Tapi kenapa tiba-tiba Idayu rajin nak update pasal ni pulak ? Sebab Idayu ada kawan yang ada penyakit nihh . Sian kat dia , badan dia kecil jer , lepastuh muka dia memang pucat gila lahh ! Pape pun , jom baca maklmat dibawah !

-----------------------------------------------------------


Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria .


Jenis Talasemia

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Pembawa Talasemia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal


(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)

Tanda & Gejala penyakit Talasemia
  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
Copy : Here

Thank you !

Saturday 7 September 2013

21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan






Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

KeduaMembawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

KetigaGunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.
Copy from here
Thank You ! 

Saturday 17 August 2013

Ikhwanul Muslimin mungkin diharamkan

Ikhwanul Muslimin berisiko berdepan penghapusan secara politik apabila kerajaan Mesir pimpinan tentera mengugut mengharamkan pergerakan itu selepas melancarkan tindakan keras terhadap penyokongnya dan menyebabkan ratusan terbunuh.


Bergelut menegakkan keabsahan kerajaannya selepas penggulingan presiden Mohamed Mursi, pentadbiran baru kini berkata, negara umat Islam terbesar itu sedang berperang dengan keganasan, lapor Reuters.
Lebih 700 orang terkorban dalam insiden keganasan selama empat hari setakat ini, kebanyakannya penyokong Mursi.


Ia sekali gus mengundang kritikan negara Barat yang bukan hanya tidak senang dengan pentadbiran Islamis tetapi juga rampasan kerajaan yang dipilih rakyat.Tindakan tegas Mesir itu bagaimanapun mendapat sokongan sekutu mereka di rantau itu seperti Arab Saudi yang sekian lama bimbangkan penularan ideologi Ikhwan di negara monarki itu.


Menyalahkan Ikhwan atas pertumpahan darah itu, Perdana Menteri Mesir Hazem el-Beblawi mencadangkan pembubaran pergerakan itu, sekali gus bakal memaksanya menjadi pertubuhan bawah tanah dan kemudian menggerakkan tangkapan terhadap anggotanya.

Kerajaan Mesir bagaimanapun berkata masih mengkaji kemungkinan itu.
"Tiada pendamaian lagi dengan tangan yang berlumuran darah dan mengacukan senjatanya kepada negara dan institusi," kata Beblawi kepada pemberita.


PBB kutuk serangan rumah ibadat, hospital


Kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon pula mengutuk serangan terhadap gereja, hospital dan kemudahan awam dan menggesa kedua-dua pihak bertelagah menghentikan keganasan.


"Setiausaha agung percaya ia boleh mengelakkan kehilangan nyawa terus berlaku dan ia patut menjadi keutamaan terpenting di saat-saat bahaya ini," menurut kenyataan itu."Dengan polarisasi jelas masyarakat Mesir hari ini, kedua-dua pihak berkuasa dan pemimpin politik berkongsi tanggungjawab bagi menamatkan keganasan."


Keganasan tercetus sebentar pada Sabtu apabila penyokong Mursi berbalas tembakan dengan pegawai tentera di masjid di tengah-tengah kota Kaherah, di mana penunjuk perasaan Ikhwan berlindung selepas pertembungan yang mencatatkan 95 kematian sebelum ini.


Polis akhirnya mengosongkan bangunan dan membuat tangkapan, dengan orang ramai di jalanan bersorak terhadap mereka dan mengganggu pemberita asing yang membuat liputan.


"Kami sebagai rakyat Mesir berasa sangat kesal terhadap liputan apa yang terjadi di Mesir," kata penasihat politik presiden Mostafa Hegazy mendakwa media Barat mengabaikan laporan serangan terhadap polis dan serangan pada gereja yang dikaitkan dengan kumpulan Islamis.

MKini.

Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat



Lelaki kacak tidak sukakan wanita berjerawat. Semenjak dari dulu jerawat memang menjadi permasalahan utama bagi wanita. Rasanya masalah jerawat hadir pada muka memang tidak disukai ramai termasuk cik tom sendiri. Muka cik tom ini memang jenis berminyak dan berjerawat. Macam2 tips dan produk yang telah cik tom cuba untuk mengatasinya. Kali ini cik tom nak kongsikan Tips Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat tanpa guna produk kecantikan dan juga bahan kimia yang berbahaya. Segala tips cara hilangkan jerawat dalam entry ini pernah dicuba sendiri oleh cik tom masa sekolah dan belajar di universiti.

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Paling cik tom suka sapu lidah buaya ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini pun menjadi cik tom amalkan

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu
Tips ini rajin cik tom cuba masa sekolah dulu, ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam. Cik tom suka bau pucuk jambu batu wangi.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.

Yang penting untuk amalkan tips ini kena rajin dan konsisten. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan. Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk mencubanya Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat ye!
Copy : CikTom

Thank you !

Friday 16 August 2013

OPS Gambar



Assalamualaikum


Selamat Hari Raya uolss . Setelah seminggu lebih beraya di kampung , akhirnya pulang semula ke rumah untuk pergi ke sekolahh . Mihahaha . Sebenarnya , iolss nak upload banyakkkk gambar time raya ! 


Inilah gambar disekitar pekan Kuala Terengganu . Sebenarnya , waktu ni , iolss tengah bosan menunggu mak iolss beli keropok lekor . So iolss ambil kamera and take a lot of picture ! Mihahaha . 



Gambar disekitar rumah my grandmother . Amacam , awesome takk ? apa yang tak awesome nya , orang lain semua dok sebok makan tengah hari , iolss pulak sibuk duk tangkap gambar kat luar rumah . Hitam tauu !


Petang lepas tu pulak , kita org main masak-masak . Huhuhu . Korang ingat veteren macam iolss ni tak boleh main masak-masak ke ? Mazhab mana yang cakap macam tuh hah ? Veteren-veteran macam ni la syiok main masak-masak . 

Ini semua sebab Imran la nihh , tetiba je dia mengamuk sebab nak main masak-masak . (==') .Tak padan dengan lelaki ! So , weolss sibuk la mencari pasir , mancis , sabut kelapa & the gang sebab mamat seorang nih !


Ini dia , The Nakal Kezen ! Well , kat sini Idayu ada seorang je adik sedara perempuan .Yang lain semuanya lelaki . Itulah yang membuatkan iolss gila-gila tahu ! Ini pun dia tengah belajar bawak motor . Macam biasa la kan , veteren macam iolss ni terpaksa duduk dekat anjung rumah je sementara tengok diaorang bawak motor . HUH [=.=]



Kalau cakap pasal Terengganu , taksah la kan kalau takda laut ? Ini dia sebelum kitaorang berangkat pulang ke Kuala Kangsar , weolss pergi lepaking dekat tepi pantai . Iolss tak tahu la pulak nama pantai ni apa , tapi yang iolss tahu , mak iolss selalu panggil pantai ni "pantai lapangan terbang" . Maybe pantai ni dekat dengan lapangan terbang kot . So petang tuh , duduk la kami di tepi pantai . Angin dia memang awesome !


Thank you

Tuesday 30 July 2013

Peperiksaan ?



Assalamualaikum


Ahlan Wasahlan Ya Blogger ! Apa khabar ? Sihat ke . Hari ini 30/7/2013 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1434H . Hari yang penuh bermakna bagi Idayu --> -..- .  Kahkahkah , bermakna sangat sebab ada periksa yang terkejut , mengejut & dikejut ! Amboiiii ~ BM ni memang gagal serta digagalkan ! kehkehkeh !


----------------------------------------------------------------------

Cerita dia macam ni . Pada suatu hari ,burung-burung berkicauan , ada yang terbang , ada yang tidur , ada yang tengah makan (ops ! puasa ) . Pendek cerita macam-macam ada .Waktu tuh kitaorg tengah belajar Sains .  Tengah khusyuk (boleh caye ke ni ?) buat eksperimen , tiba-tiba ! JENG JENG JENG ! Ada cikgu buat pengumuman kata esok(hari ini) ada peperiksaan Matematik & Sains . Lepas habis pengumuman tuh , habis satu kelas buat mukan 10sen . Diaorg ingat comel sangat latuhh !


Lepastuhh , balik rumah terus baca segala jenis keturunan buku rujukan yang telah lama diabaikan tuh . Manataknya , Cuak kot ! Punya la hafal segala jenis fakta kepada auta , formula kepada formula takut -takut keluar soalan yang merapu kan ! Org dah lama tak periksa macam ni la jadinya . PBS punya fasall ~




Waktu tengah syiokk buat segala kerja sekolah yg Idayu tangguhkan tuh , tiba-tiba (sekali lagi) perut Idayu memutarkan lagu Sayang , Versi lapar :


Sayang apa khabar denganmu ?
Disini ku merindui kamu ,
Ku harap ada makanan didapur,
Kerna disini memerlukan itu ,

Sayang dengarlah permintaanku,
Jangan ragukan nafsumu,
Sayang dengarlah bisikan perutmu,
Kerna ku sayang kamu

Amacam best tak lagu tuhh ? Kalau dah lapar macam-macam lagu boleh bermain di otak ni !  Sampai je kat sekolah , cikgu terus terangkan apa yang kitaorg nak buat tuh , mati-mati ingatkan peperiksaan pusat (PBS) , rupa-rupanya ini untuk menilah tahap mana para pelajar kat Malaysia ni dalam subjek Sains&Matematik .

Dan yang paling tak leh bla sekali , waktu kitaorg nak susun meja tuh kan , almaklum lah tak pernah periksa ,mana la teman nak tahu susun meja macam mana . Dah macam jadi #$^%$ sekejap waktu nak susun meja tuh . Lepas kitaorg habis susun meja tuh , cikgu cakap " Awak semua mana reti nak susun meja ni sebab awak takda periksa , Kalau org ada periksa tuh diaorg tahu la macam mana nak susun meja " . Ayat ini sungguh mengusik jiwa & raga tahuu ! Macam la kitaorg ni %$&#$ sangat ?
Itulah cerita yang paling takleh bla dalam hidup ni . Sekurang-kurangnya , kitaorg ni pernah ambil peperiksaan . Korang pernah ke buat PBS ? takkan . Mohon terasa .


Thank You 

Saturday 20 July 2013

Puasa tanpa bersahur itu Awesome !



Assalamualaikum 


Hari ini 20/7/2013 bersamaan dengan 11 Ramadhan 1434 . It's Awesome right ? 11 Ramadhan already !Takku sangka tak ku duga . Aceceh -,- penumbuk nak . Hohohohoho , Mukadimah yang sangat ROCK ! Uolls pernah tak tak bangun sahur ? Okay , sekarang ni kita senasib . *Give me 5 !



--------------------------------------------------------------------------------------------



Waktu first time tak bangun sahur tuh , perkara yang pertama terlintas dalam kepala otak ni ialah mampu ke aku lalui hari tuh . Yelakan , time tuh hari Selasa memang Awesome sangat la Uolls . Sebab-sebab 'Awesome' ialah Jadual waktu hari Selasa Terlalu padat ! Alehh , bajet macam 'Budak U' pulak aku nihh ! Mestilahh , Hidup mesti ada kemajuan !

Tapi Alhamdulillah , It's the best day there ever was . Satu sekolah Idayu pusing okayy . *mohon jelezz . Daripada kelas kitaorg sampai kelas paling hujung sekali dalam sekolah ni . Kelas kitaorg duduk hujung , paling hujung dalam sekolah . Dan itulah yang membuatkan kami satu kelas 'Keding' a.k.a. Kurung kering macam lidi ! * Peace Yo !




Selang dua hari berikutnya , Idayu terlepas bersahur lagi . Ishishish , Itu semua POYO ! hari yg bertuah itu jatuh pada hari Jumaat , Penghulu segala hari . Walaupun harituh balik awal (12:10 p.m.) , Tapi badan rasa tak bermaya sangat . Mana taknya , Selalunya lepas siap je kerja sekolah Idayu terus makan , tapi malam tuh minum air satu cawan jaa . Layan tv sangat . Tu la padahnya !

Balik ja drpd sekolah , Idayu terus pergi mandi . Lepas mandi tuh , Ambil segala bantal kesayangan , pasang kipas atas bawah and then tidur . 3:30pm baru Solat Zohor ! *Tolong jangan tiru aksi merbahaya ini . Hanya pakar shja yg dibenarkan melakukannya*Ingatkan nak sambung tidur balik , tapi malas la pulakk .

So , kpd awak-awak semua , rajinkanlah diri tuh bersahur .Para ulama telah ijmak tentang keutamaan dan berkenaan sunnahnya bersahur. (Fathul Bari 4/139. Ibnu Hajar) Rasulullah bersabda:


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : تَسَحَّرُوْا فَاِنَّ فِى السَّحُوْرِ بَرَكَةً


“Dari Anas berkata: Bersabda Rasulullah: Bersahurlah kamu sekalian, kerana dalam bersahur itu terdapat barakah”. (Hadis Riwayat Bukhari 4/120. Muslim 1059. Diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Nasaii dan Ibn Majah)



Thank you for reading this entry !

Pengalaman Ujian MEdSI di UPSI

Assalamualaikum dan selamat datang semua pembaca. Sekarang ni kan tengah musim orang dapat result SPM/STPM, so tahniah kepada yang berjaya m...