Friday, 15 March 2019

Pengalaman Ujian MEdSI di UPSI

Assalamualaikum dan selamat datang semua pembaca. Sekarang ni kan tengah musim orang dapat result SPM/STPM, so tahniah kepada yang berjaya mencapai sasaran korang tu. Aku tahu rasa manisnya bila semua pengorbanan yang kita buat sebelum ni terbalas lepas tengok result exam kita tu *lap air mata*   korang dah fikir ke nak isi UPU nanti nak pilih apa. Jika ada yang berminat nak sambung pelajaran lagi-lagi dalam bidang pendidikan dekat UPSI ni khususnya untuk lepasan STPM dan Setaraf, korang kena melalui dua ujian ye. Ujian yang pertama ialah MEdSI dan jika korang lepas ujian MEdSI ni korang akan dipanggil untuk temuduga. WOW kann.

So pada post kali ini aku nak sharekan pengalaman aku waktu ujian MEdsi sebelum masuk UPSI ni. Alhamdulillah sekarang aku tengah menikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains). Kami ni belajar macam lebih kurang apa yang pelajar matrikulasi modul 1 belajar. So untuk pelajar matrik modul 1 yang ambik kos ni memang untunglah. HAHAHAHA

Apa tu MEdSI? Perlukah kami ambik MEdSi ni? Dipendekkan cerita MEdSI ini wajib dilalui oleh semua bakal-bakal pelajar yang akan mengambil kos pendidikan ataupun ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan). So kepada bakal-bakal cikgu di luar sana, sebelum korang temuduga, korang semua akan jawab ujian MEdSI ni dulu. Kalau ujian MEdSI korang lulus, so korang berjaya ke peringkat yang seterusnya iaitu temuduga. Jangan takut jangan risau, soalan dia tak susah mana pun, cuma soalan yang macam cikgu kaunseling kat sekolah tu selalu bagi. Ha gitu. Takde betul atau salah. Semuanya atas diri sendiri. Okayyy.

Aku ingat lagi waktu aku nak pergi ujian MEdSI ni. Sebab aku orang Perak, so aku pilihlah untuk jawab ujian ni dekat UPSI sendiri. Waktu ni baru 2 hari puasa kalau tak silap aku. Aku punya ujian MEdSI ni sesi kedua tak silap aku dalam pukul 10:30 pagi gitu. HAHAHAH, sorry gue tak ingat sangat! Aku, ayah aku dan adik aku bertolak dari rumah jam 8 pagi dan sampai kat Tanjung Malim ni pukul 9:40 pagi macam tu. Lepastu kami keluar ikut tol Tanjung Malim. Walaupun Tol tu nama dia Tol Tanjung Malim, tapi dia dah dekat dalam kawasan Selangor hokeyyy. ps: Sesiapa yang datang dari arah utara, silalah keluar ikut Tol Behrang. Jimat pun jimat. Heheheks

Setibanya kami di Tanjung Malim untuk pertama kalinya dalam hidup, so ayah aku waze-lah UPSI dekat mana. Waze punya Waze terus kitaorang sampai dekat UPSI tapi kampus lama ! untuk pengetahuan semua UPSI ada dua kampus. Kampus lama iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah ni dekat pekan Tanjung Malim dan tempat sebenar ujian MEdSI ni dijalankan adalah di kampus baru iaitu Kampus Sultan Azlan Shah dekat Proton City which is 6 to 7 KM lagi dari kampus lama. hahahahahaha. so kami tersesat pergi kampus lama. Nasib baik Pakcik guard tu bagitahu. Terima kasih pakcik :)

Dah sampai kampus baru, kami terus ke Pusat ICT dimana disitulah ujian MEdSI diadakan. Sumpah ramai gila weiii.. Benda pertama kau kena buat ialah mask pusat ICT tu tengok nama kau. Pastikan sesi kau betul. So bila semua dah dipastikan kau pun pergilah beratur. Tapi nasib kami semua yang datang waktu tu tak baik sangat sebab sistem dia down :') . So sesi sebelum kitaorang ni lambatlah menjawab sebab nak kena tunggu sistem betulkan. Sesi yang selepas kitaorang pun ramai yang dah sampai. Kami semua terpaksa tunggu dengan penuh kesabaran didalam bulan ramadan yang mulia ini. NAsib baik pusat ICT tu ada aircond. Sejuk jugak hati menunggunya. Akhirnya sistem telah kembali pulih, tu pun dah pukul 12:00. kebetulah haritu hari Jumaat, jadi pihak pemgurusan suruh semua lelaki disitu untuk pergi solat jumaat dan bagi laluan dekat para wanita dulu. Hahahahahaha. Jadi kami para wanita ni dapatlah menjawab MEdSI ni waktu lelaki-lelaki pergi solat jumaat.

So aku pun selesai menjawab MEdSI ni tak sampai 20 minit pun aku jawab. hahahaha. Kami pun pulang kerumah. Sumpah wei aku sampai rumah barai gila. Penat nak mamp** .. hhaahahah aku pun  tak tahu apa aku buat. mungkim penat menunggu je kot. Balik tu aku belanja adik aku KFC sebab dia rajin teman aku sampai depan pintu bilik ujian tu tau ! Kelakau nye aku ni, nak pergi ujian tu pun nak berteman. (jangan tiru ni okay)

Sampai disini sahaja crita aku pasal ujian MEdSI aku. Dilain masa aku akan menceritakan pengalaman temuduga aku pulak dan kalau aku rajin lagi aku akan post pasal KMPk pulak okay. Doa-doakan aku rajin ye gaizz! hehehehehe


Terima Kasih kerana membaca <3

Pengalaman Ujian MEdSI di UPSI

Assalamualaikum dan selamat datang semua pembaca. Sekarang ni kan tengah musim orang dapat result SPM/STPM, so tahniah kepada yang berjaya m...