السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Ni untuk korang yang susah nak bangun subuh !
Insyaallah ianya berkesan !
Hari ni nak kasi tips sikit.. Amik daripada fanpage Ustaz Don Daniyal :)
- Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
- Ambil wuduk sebelum tidur.
- Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
- Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
- Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
- Maafkan semua orang sebelum tidur.
- Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
- Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
- Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
- Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.
Kalau rajin amalkan..Insyallah menjadii :D
No comments:
Post a Comment