Saturday, 22 August 2015

#exploreMalaysia

Assalamualaikum

Ini adalah post pertama aku untuk tahun 2015 ! Omaigaddd , dah bulan Ogos baru nak 'update' blog? demam-demam ... #aptb . Hari ini aku nak cerita sikit tempat yang menarik dan kurang diketahui oleh netizens sekalian. Selama ni kalau kita tahu sebut je Malaysia mesti ingat KLCC , KL Tower takpun Pulau Sipadan kan ? Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik yang ada kat negara kita yang tercinta ini .

Sekarang ni faham-faham jelahkan Ringgit Malaysia(RM) dah nazak .... so kalau nak cuti luar negara mamang semputlahkan. Sekarang ni jangan peningkan kepala nak fikir semua tuh sebab Malaysia pun ada tempat BEST nak di terokai.

P/S: Semua gambar yang aku guna ni hasil google search. #janganmarah

1.Bukit Tabur, Melawati



Kalau korang tengok gambar-gambar dekat dalam Instagram , pergggghhh memang cantik mata memandang ah. Dah tak rasa macam kat Malaysia kot ! So korang boleh survey sendiri lah kan...

2.BukitKeluang, Besut




Kepada sesiapa yang sukakan aktiviti yang mencabar bolehlah datang ke Bukit Keluang ,Besut . Manalah tahu sesiapa yang nak pergi Pulau Perhentian boleh singgah sekejap dekat sini .

3.Bako National Park, Sarawak



Untuk sesiapa yang suka bergambar secara extrime bolehlah berkunjung ke Taman Negara Bako yang terletak di Sarawak ! Cuba korang tengok gambar-gambar dia kat Instagram, Omaigodd ! Cantik gilerrrr !

4.Bukit Tinggi , Pahang



Kalau nak feeling-feeling pergi Paris bolehlah dah ke sini bersama dengan keluarga. bukan setakat Paris je tau Jepun pun boleh sebab ada tempat kat situ ala-ala jepun la~

5.Pulau Rawa, Mersing




Pulau Rawa ni ada adik-beradik dia yang lain macam Pulau Goal. Memang cantik. tengok gambar dia pun dah tahu .... Can't wait to go there !!!

So setakat ini sahaja yang dapat aku kongsikan. Mungkin gamabar dalam ni kurang menarik . Biasalah googlekan . Kalau korang nak tengok gambar yg lebih cantik lagi boleh tengok kat Instagram or Twitter . Why? Because gambar-gambar kat sana semua 'original' and 'fresh from oven' !

Akhir kata , terokailah negara kita kerana banyak khazanah yang dikurniakan oleh-NYA masih belum diterokai. Sekian , Selamat menerokai Malaysia tercinta #exploreMalaysia


Menara Berkembar Petronas

Friday, 7 November 2014

Lifeless


Assalamualaikum


Dah 5 bulan lebih aku tak update blog ni ! Hahaha . Apa ada kesah, siapalah nak baca blog aku ni ,aku rasa aku sorang je kot yang baca . hehehe. Lepas habis PT3 ni, aku rasa bosanlah pergi sekolah, hidup aku sungguh LIFELESS.Pagi solat dhuha lepas tuh main bola jaring . Main biasa-biasa takpalah jugak ini siap gaduh-gaduh sebab pengadilan yg tidak adil ! Masuk kelas pergi cari pasal dengan org .. Apakah ini semua harus berlaku ..

Tapi sebenarnya syok jugak tengok diorang bergaduh ! Mihahaha. aku peduli apa yg penting hidup aku bahagia . 

.

Aku sebenarnya tengah takut,berdebar gila nak tunggu keputusan PT3 (hanya Allah yg tahu). Semua cikgu cakap yang kitaorg semua susah nak score A ! Omaigod macam mana ni , dah la mak aku paksa aku masuk asrama . Sebenarnya aku seram sejuk sikit nak masuk asrama nih . Ala tahu-tahulah sekarang ni musim buli-membuli ~ 

Tapi perasaan nak masuk asrama tupun adalah jugak sebab aku malas nak duduk rumah asyik kena bebel je . nanah kat telinga aku ni semuanya dah mengeras dah . Benda yg remeh pun boleh jadi isu .hahahaha dunia dunia !



Okaylah aku dah bosan tahap babun dah ni . daripada aku merapu melebih-lebih baik aku chaw dulu .Ni aku nak kongsikan satu cara untuk buat kucing korang yang suka mengiaw tuh senyap !















  







Terima kasih 






Tuesday, 27 May 2014

Impian

Assalamualaikum

Beach Sunrise - Norfork, Virginia  Bill was stationed  here in 1969.  We left in 1970 for Michigan.

Selamat tengah hari . Hari pertama cuti sekolah yang membosankan . Tajuk entry kali ini memang menggelikan , tapi korang buad tak tahu sudah la . Aku cuma nak cerita tentang impian aku . Yeah , cerita tentang impian aku di tengah hari buta ini .

Well , semua makhluk di muka bumi ni ada impian walaupun dia seekor semut . Ehekk , mukaddimah aku memang cegini , korang takyah pelik sangat . Aku tahu semua org ada impian such as nak dapat 9A+ spm , nak jadi hot macam Syasya Solero dan macam-macam lagi la kan . Tapi bagi aku , aku ada beberapa impian yang takmungkin susah untuk aku capai . 

1.iPhone 5S

Loving the gold iPhone 5s ❤️ glad I bought one

Aku drpd dulu memang nak sangat ada iphone nih , lagi-lagi iphone 5s . Aku memang berkenan sangat lah dengan iphone nih . Kalau korang nak tahu , aku jelez gila tengok org pakai iphone ! Ahaksss . Macam ape entah nak jelez tengok org pakai iphone ~ Tapi nak buat mcm manakan , aku ni mana mampu nak pakai iphone . Huhhh

2. DSLR

Yummy dslr strap, https://www.etsy.com/listing/153996791/holidays-gift-polka-dot-camera-strap

Ini satu lagi , aku nak sangat sangat sangat  . Hehehehe , tapi aku takde lah batak sangat dengan benda nih . Bagi aku kamera biase pun tak pe , asalkan aku ada kamera. Aku nih bukannya kaki selfie pun , aku cuma nak tangkap gambar kenangan-kenangan terindah je .

If you can dream it. You can do it. - Walt Disney

Kata-kata semangat yang mengakhiri entry yang skema pada kali ini . Sekian

Terima Kasih

BLOG INI MILIK AMIRA IDAYU 2012-2015