Friday 31 May 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree







Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..





TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





Thursday 30 May 2013

Kelebihan orang tangan kidal


 
Korang taktahu bertapa JAKUN-nya Idayu tengok orang tulis tangan kiri ni or org kidal nih ! Idayu pun taktahu la . Kalau pergi kedai makan mana-mana , mesti tengok tukang ambek order tuh , kidal ke tak ? Hehehe , melebih la tuhh . Whatever la , Just for Fun ! Korang baca la fakta kat bawah ni erkk ! Khas untuk awk yang kidal .

Definisi
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan berbagai tugasan.
10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). 

Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang. menggunakan tangan kanan.

Fakta menarik
1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bahagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn


TOKOH-TOKOH KIDAL
1. Presiden Amerika Syarikat
I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )


2. Tokoh ternama
v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
v Isaac Newton (saintis)
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)


Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang. dapat. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang. mengaitkan orang kidal dapat. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa untuk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.


Nota kaki :
*Hari Kidal Sedunia yang. disambut pada 13 Ogos setiap tahun . Kenapa tak 11 Ogos je , boleh sambut birthday Idayu sekali =3

Friday 24 May 2013

5 sebab kenapa Couple HARAM !



KENAPA COUPLE HARAM??

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Jom tutup Aurat !




Hai bloggerians semua . Selamat pagi , petang dan malam ! Hahaha . Saja Idayu tulis macam tuh sebab Idayu mana tahu korang baca entry ni waktu bila . Betul tak ? Peace . Harini terasa nak share sesuatu yang menarik la dengan uollss . Khususnya untuk muslimin !

Idayu nak citer pasal Aurat . What means AURAT ? Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban, 
manakala dari segi istilah syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.
Jadi, aurat bermaksud bahagian-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.


Berhati-Hati


Awak-awak yang tengah baca entry ni . Bukan susah mana pun nak jaga aurat , just pakai pakaian yang longgar dan tudung tu mesti labuh ! Kalau boleh pakai la Handsock dan Sarung kaki , baru la selamat kalau terselak ke apa ke . Bak kata orang 'Sediakan payung sebelum Hujan'.

Uollsss semua tengok la gambar kat bawah tu , tengok betul-betul korang dekat stage mana . Kalau boleh di-Improvekan , improve okayy . Sian kat Wali-wali awak tuhh . Tanggung dosa awak . Dan suami-suami kalau yang dah berkahwin . Berfikir sebelum bertindak !




So , berubah la daripada sekarang. Manala tahu ajal kita akan sampai esok , lusa , minggu depan , bulan depan . Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu =)





                                   

Sunday 12 May 2013

♥ 1st Double Giveaway by AinMfna ♥

 
http://i.imgur.com/6JWRlTu.gif 


Hye ! What are you doing ? Haha . Nak jugak "speaking" , tapi hancurrr ! Abaikan . Idayu nak ajokk kome semua join ♥ 1st Double Giveaway by AinMfna ♥ ! Idayu nak join dan sudah join ! korang bila lagi ?

Syarat-Syarat Penyertaan

1. Follow blog Ain & like fanpage Ain :

        
         

      
2. Klik sini | sini * sampai habis loading . Harap jujur *
3. Berwarganegara Malaysia
4. Follow dan like semua sponsor , diorang yang akan bagi hadiah :)
5. Buat satu entry yang bertajuk ' 1st Double Giveaway by AinMfna ' .
6. Tempek banner atas tu dan backlink semula ke entry ini .
7. Dalam entry itu , letakkan BANNER blog korang . Wajib ke ? Of course ! Yang
menang Ain akan letak banner dia di ruangan exchange Ain . Yang takdak banner pun
boleh join , jangan risau :)
8. Drop LINK ENTRY korang di entry ini sahaja ! * TEMPAT LAIN TIDAK AKAN DILAYAN
9. Semua sponsor di sini merupakan yang terpilih , tahniah ye . Maaf kepada yang lain
nanti Ain nak buat Mini Segmen , Ain akan cari korang ! KISS :*
10. Hadiah memang macam keperempuanan , tapi boleh bagi dekat mak , adik , kakak
atau mak cik korang kan ? * wink wink *

 Follow Blog Sponsor
Iha Zaliza , Syuhada Shada , Kak Shaila , Budak Kampung , Shadhira , Tulisan Gadis Bosan , Shakirah Rosli , Shafiqah Syika , Acik Ieymah , LPCW , Oppzpinky , Nurri Akmal * new



 Like Pages & Follow Twitter & Subscribe Facebook
  Like pages :

       
   
     
     Subscribe Facebook & Follow Twitter :

  
                    .
 
 Senarai Hadiah 


  • 1x Kelantanese Bookmark by AinMfna ( 1 pemenang )
  • 2x Doodle Muslimah by Iha Zaliza ( 2 pemenang )
  • 2x Topup RM5 by Syuhada Syada ( 2 pemenang )
  • 2x Topup RM5 Maxis by Kak Shaila ( 2 pemenang )
  • 2x Topup RM5 by Fieyna Girang ( 2 pemenang )
  • 3x Casing Phone from Felt Craft by Tulisan Gadis Bosan ( 3 pemenang )
  • 5x Bookmark by Budak Kampung ( 5 pemenang )
  • 1x Perfume Solat & 10x Keychain by Shadhira ( 11 pemenang )
  • 3x Notebook by Shakirah Rosli ( 3 pemenang )
  • 1x Teddy Bear's Sweater by Shafiqah Syika ( 1 pemenang )
  • 1x Baju - Ikut pilihan pemenang by The Roselle ( 1 pemenang )
  • 1x Tudung Bawal Polkadot by Miraa Hussin ( 1 pemenang )
  • 1x Tudung Bawal Sulam & 3x Bookmark Felt by Acik Ieymah ( 4 pemenang )
  • 3x Coklat by LPCW ( 3 pemenang )
  • 2x Shiseido Black Mask by Nurri Akmal ( 2 pemenang )
     Jumlah pemenang yang dicari : 41 orang pemenang !
                                                  43 orang pemenang !
 Tarikh Penyertaan
Tarikh Mula : 29 April 2013 ( Isnin )
Tarikh Tamat : 29 Mei 2013 | 11.30 Malam ( Rabu ) @ Cukup 100+ Penyertaan
Tarikh Umum Pemenang : Belum diketahui



Jom joinn !

Personaliti Anda Berdasarkan Bulan Kelahiran

 


Setahu Idayu lahkan . Sebenarnya kita semua ni susah sangat nak dapa kawan yang yg lahir dalam bulan Ogos . Idayu tak nafikan jugak sebab Idayu takda pun kawan yang lahir bulan ogos. Lagi-lagi waktu sekolah rendah . Idayu seorang je dalam kelas yg lahir bulan Ogos

Lepas masuk sekolah menengah pun sama je . Ada la 2-3 org yg lahir bulan Ogos . Paling ramai pun 3 org je ! Sad life ='(



JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.
Suka mendidik dan dididik
Sangatmudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka smart, kemas dan teratur.
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu.
Daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran sosial.
Cukup cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang reality dan abstrak.
Intelligent, bijak dan genius.
Berpesonaliti yang mudah berubah.
Mudah menawan hati orang lain.
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
Suka pada kedamaian.
Sangat peka kepada orang lain.
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu balas budi dan tahu kenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dgn hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalam bidang muzik.
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai manjakan diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Try control the emotion.
Kecenderungan bersifat dendam.
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros

JUN 
Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai yang lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Otaknya aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat nak sembuh apabila terluka hati.
Suka kepada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali diransang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa dengan semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kawal tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja.

OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya.
Sopan santun dan caring terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai pujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk relax.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih & penyayang.
Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Orang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jalan tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Nampak macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Prihatin dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Bagus untuk jadi doktor.
Cermat dan teliti.
Personality dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak sesuatu.
Diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya.
Badan yang "tough" (sasa).
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.
Romantik.
Berfikiran tidak pasti dgn hubungan kasih sayang.
Suka duduk di rumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok didampingi.
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang berubah-ubah.
Tidak ego walaupun meletakkan harga diri yang sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.


I'm Augustian . And I'm Proud =D 

Saturday 4 May 2013

W H A T ?

Assalamualaikum awak awak dan awak . Hari ini Idayu nak bagi tahu satu kampung yang Idayu dah menang Giveaway yang Idayu joinn ! Bukan nak belagak tapi bangga sebab takpernah-pernah nak menang . Betul tak ? tak percaya ?





Mula-mula macam takpercaya jugak . Lepas tuh Idayu terus bukak link yg dia kasi tuhh ..
Cari punya cari akhirnya jumpa jugakk ! 




Walaupun cuma menang hadiah Bloglist je tapi Idayu rasa bangga sangatt . !


TERIMA KASIH 

Pengalaman Ujian MEdSI di UPSI

Assalamualaikum dan selamat datang semua pembaca. Sekarang ni kan tengah musim orang dapat result SPM/STPM, so tahniah kepada yang berjaya m...