Saturday 13 April 2013

Bagaimana Untuk Cerahkan Kulit ?

 
Mai habak sini sapa yang taknak kulit 'PUTIH' ?Parah dah tuuhh , takpa-takpa lain org lain citarasa dia kan ? Kalini Idayu buat satu entry tentang "Bagaimana Untuk Cerahkan Kulit ?"
Mesti ramai yg dekat luar sana nak tahu kankankan ! Meh sini Idayu kasi tahuu .

Petua Untuk Kulit Muka Lembut dan Cerah:

Pilihan 1 Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkannya setiap malam.:

Pilihan 2: Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

Pilihan 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tersebut pada seluruh muka anda. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.

Pilihan 5: Parut 1 biji kentang. Perahkan airnya dan sapukan pada muka anda. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.

Pilihan 6: Kisar 5 kuntum bunga cempaka dan 5 kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka anda setiap malam.

Pilihan 7: Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Amalkannya setiap hari.


Berikut di atas adalah 7 pilihan petua yang boleh diamalkan sebagai cara bagaimana untuk cerahkan kulit. Semoga kita mendapat manfaat dari nya. InsyaAllah

150 JUTA -Ainan Tasneem



.

 "SAYA KENAL SAYANG SAYA !"


Lagu yang kedua , 150 JUTA . Why 150 Juta ? Idayu pun tak tahu laa , Kalau nak tahu lebih lanjut tanye tuan badan dia sendiri . Okay ? "150 juta kali Idayu cakap yang Idayu kenal awaak" Alooolo , jangan terasa pulakk ? Aummmmcaaakkk ! Aloo buchuk-buchuk , nah Idayu kasi lirik dia , nak tak ? 




Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


Rahsia kita berduaa !

Kamu Saja - Ainan Tasneem






 Holla ! Dah lama tak dengar cerita ? Sihat ? Idayu sihat jee , disebabkan Idayu FANS gilerr ngan Kak Ainan nihh , Idayu nak buat entry tentang lagu dia nihh . Tak kan korang taktaw kot , Kamu Saja(boleh tengok video diatas) , Best kott ! Nah ambek dia punya lirik :




Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira

Tak pernah terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku di kala ku sepi

Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuat ku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira



 ┐('⌣'┐) ♬♬  Lalalala , Kamu Saja !  ♬♬(┌'⌣')┌

Pengalaman Ujian MEdSI di UPSI

Assalamualaikum dan selamat datang semua pembaca. Sekarang ni kan tengah musim orang dapat result SPM/STPM, so tahniah kepada yang berjaya m...