Tuesday 30 July 2013

Peperiksaan ?



Assalamualaikum


Ahlan Wasahlan Ya Blogger ! Apa khabar ? Sihat ke . Hari ini 30/7/2013 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1434H . Hari yang penuh bermakna bagi Idayu --> -..- .  Kahkahkah , bermakna sangat sebab ada periksa yang terkejut , mengejut & dikejut ! Amboiiii ~ BM ni memang gagal serta digagalkan ! kehkehkeh !


----------------------------------------------------------------------

Cerita dia macam ni . Pada suatu hari ,burung-burung berkicauan , ada yang terbang , ada yang tidur , ada yang tengah makan (ops ! puasa ) . Pendek cerita macam-macam ada .Waktu tuh kitaorg tengah belajar Sains .  Tengah khusyuk (boleh caye ke ni ?) buat eksperimen , tiba-tiba ! JENG JENG JENG ! Ada cikgu buat pengumuman kata esok(hari ini) ada peperiksaan Matematik & Sains . Lepas habis pengumuman tuh , habis satu kelas buat mukan 10sen . Diaorg ingat comel sangat latuhh !


Lepastuhh , balik rumah terus baca segala jenis keturunan buku rujukan yang telah lama diabaikan tuh . Manataknya , Cuak kot ! Punya la hafal segala jenis fakta kepada auta , formula kepada formula takut -takut keluar soalan yang merapu kan ! Org dah lama tak periksa macam ni la jadinya . PBS punya fasall ~




Waktu tengah syiokk buat segala kerja sekolah yg Idayu tangguhkan tuh , tiba-tiba (sekali lagi) perut Idayu memutarkan lagu Sayang , Versi lapar :


Sayang apa khabar denganmu ?
Disini ku merindui kamu ,
Ku harap ada makanan didapur,
Kerna disini memerlukan itu ,

Sayang dengarlah permintaanku,
Jangan ragukan nafsumu,
Sayang dengarlah bisikan perutmu,
Kerna ku sayang kamu

Amacam best tak lagu tuhh ? Kalau dah lapar macam-macam lagu boleh bermain di otak ni !  Sampai je kat sekolah , cikgu terus terangkan apa yang kitaorg nak buat tuh , mati-mati ingatkan peperiksaan pusat (PBS) , rupa-rupanya ini untuk menilah tahap mana para pelajar kat Malaysia ni dalam subjek Sains&Matematik .

Dan yang paling tak leh bla sekali , waktu kitaorg nak susun meja tuh kan , almaklum lah tak pernah periksa ,mana la teman nak tahu susun meja macam mana . Dah macam jadi #$^%$ sekejap waktu nak susun meja tuh . Lepas kitaorg habis susun meja tuh , cikgu cakap " Awak semua mana reti nak susun meja ni sebab awak takda periksa , Kalau org ada periksa tuh diaorg tahu la macam mana nak susun meja " . Ayat ini sungguh mengusik jiwa & raga tahuu ! Macam la kitaorg ni %$&#$ sangat ?
Itulah cerita yang paling takleh bla dalam hidup ni . Sekurang-kurangnya , kitaorg ni pernah ambil peperiksaan . Korang pernah ke buat PBS ? takkan . Mohon terasa .


Thank You 

Saturday 20 July 2013

Puasa tanpa bersahur itu Awesome !



Assalamualaikum 


Hari ini 20/7/2013 bersamaan dengan 11 Ramadhan 1434 . It's Awesome right ? 11 Ramadhan already !Takku sangka tak ku duga . Aceceh -,- penumbuk nak . Hohohohoho , Mukadimah yang sangat ROCK ! Uolls pernah tak tak bangun sahur ? Okay , sekarang ni kita senasib . *Give me 5 !



--------------------------------------------------------------------------------------------



Waktu first time tak bangun sahur tuh , perkara yang pertama terlintas dalam kepala otak ni ialah mampu ke aku lalui hari tuh . Yelakan , time tuh hari Selasa memang Awesome sangat la Uolls . Sebab-sebab 'Awesome' ialah Jadual waktu hari Selasa Terlalu padat ! Alehh , bajet macam 'Budak U' pulak aku nihh ! Mestilahh , Hidup mesti ada kemajuan !

Tapi Alhamdulillah , It's the best day there ever was . Satu sekolah Idayu pusing okayy . *mohon jelezz . Daripada kelas kitaorg sampai kelas paling hujung sekali dalam sekolah ni . Kelas kitaorg duduk hujung , paling hujung dalam sekolah . Dan itulah yang membuatkan kami satu kelas 'Keding' a.k.a. Kurung kering macam lidi ! * Peace Yo !




Selang dua hari berikutnya , Idayu terlepas bersahur lagi . Ishishish , Itu semua POYO ! hari yg bertuah itu jatuh pada hari Jumaat , Penghulu segala hari . Walaupun harituh balik awal (12:10 p.m.) , Tapi badan rasa tak bermaya sangat . Mana taknya , Selalunya lepas siap je kerja sekolah Idayu terus makan , tapi malam tuh minum air satu cawan jaa . Layan tv sangat . Tu la padahnya !

Balik ja drpd sekolah , Idayu terus pergi mandi . Lepas mandi tuh , Ambil segala bantal kesayangan , pasang kipas atas bawah and then tidur . 3:30pm baru Solat Zohor ! *Tolong jangan tiru aksi merbahaya ini . Hanya pakar shja yg dibenarkan melakukannya*Ingatkan nak sambung tidur balik , tapi malas la pulakk .

So , kpd awak-awak semua , rajinkanlah diri tuh bersahur .Para ulama telah ijmak tentang keutamaan dan berkenaan sunnahnya bersahur. (Fathul Bari 4/139. Ibnu Hajar) Rasulullah bersabda:


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : تَسَحَّرُوْا فَاِنَّ فِى السَّحُوْرِ بَرَكَةً


“Dari Anas berkata: Bersabda Rasulullah: Bersahurlah kamu sekalian, kerana dalam bersahur itu terdapat barakah”. (Hadis Riwayat Bukhari 4/120. Muslim 1059. Diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Nasaii dan Ibn Majah)



Thank you for reading this entry !

Saturday 13 July 2013

Life Update



Assalamualaikum



Annayeong? Entah betul ke tidak aku tulis tuh .Kehkehkeh .Hmmm .Bulan-bulan puasa ni terasa rajin la pulak nak meng-Update blog ni . Bukannya apa , takdak kerja nak buat . Bhahahahaha .Penipuan yang amat dahsyat !Yelahkan , daripada on fesbuk lepas tuh kutuk sana, kutuk sini , baik layan blog kan ? Nak kutuk org pun rasa macam lebih selesa ? *SHIT 

Bytheway . Korang bebulan puasa ni rajin-rajin lah gi terawih. Alahai , nasihat org dia nye tak jalan jugakk ! Adat la tuhh . Walaupun seorang pelacur menasihati korang , dengar jelah . Asalakan nasihat dia tuh baik-baik . Jangan ikut benda yang tak baik sudah la !


Uollss dah rancang dah ke nak beli baju warna apa ? Apa , tak rancang lagi , Yeahh kita GENG ! *tembak saya jika perlu* .Yelahkan , Ramadan pun baru setahun jagung , dok sebuk nak rancang baju raya bagai . Macam nak halau cepat-cepat je bulan puasa nehh . Ayoyoyo .Idayu faham kalau korang malas nak sesak-sesak kat Mydin,Tesco and the geng kan ? Idayu beli kan belakang Bus Station jaa . Tak payah nak butik bagai ! Murah pun murah ! *Promote skejap

So , Idayu doakan supaya Uollss semua berjaya menempuh dugaan didalam bulan Ramadan ini dengan penuh tabah ! *amiinn 




Macam karangan jugaklahh , mesti ada penutup nya kan ? So idayu tempek gambar Idayu ngan adik-adik Idayu waktu bulan puasa tahun lepas . Assalamualaikum .

Friday 5 July 2013

Nasha First Giveaway


Jom join ? Tekan sini 
Senarai hadiah:
1.Purse butterfly {1}
2.Notebook hello Kitty {1}
3.Review blog {3}
4.Banner gift {2}
5.Topup RM 5 {2}
6.Felt bookmark {1}
7.Doodle {1}
8.Novel 'Ketuk Pintu Hati Dia' {1}

Segmen Menang Handphone


Jom join ? tekan sini 


Sinopsis "Kampung Girl" Slot Zehra TV3


Yeahh . Akhirnya drama Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID) tamat dengan jayanya . Hihiks . Bak kata orang "Sweet Ending" . Omaigoodddd . Lepas cerita SSID , ada drama  terbaharu iaitu 'Kampung Girl' . Slot zehra TV3 kini membawakan sebuah drama baru yang diadaptasikan juga dari sebuah novel iaitu Kampung Girl. Novel ini adalah sebuah karya Umi Kalsom . Jangan lupa saksikan. Antara barisan pelakon dalam drama ini ialah Akim Ahmad, Nad Zainal, Emma Akma, Hilal Azman, Fikhree Bakar, Shafiq Kyle Dan Emma Maembong.


Sinopsis :

Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?!
PERKAHWINAN yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampong itu?! Tidak mungkin.

Hahahah Ashraf Khairi sepupu dengan Ainnur dan sejak kecik lagi dia memang tidak sukakan Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yg keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak ni.

Identitinya yang belajar hingga keluar Negara dan bekerja sebagai cikgu bahasa inggeris di rahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampong yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya Puan Mazlin…

Ashraf yg bengang giler dengan persetujuan Ainnur telah gunakan setiausahanya untuk menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain plak yg jadi bila terkantoi dengan Ainnur sebab setiausahanya tu kawan baik Ainnur hihihi. Ashraf dan Ainnur akhirnya ditunangkan dan akad nikah sebulan berikutnya. Dalam bencikan budak kampong, Ashraf terlalu cemburukan Faisal yang cintakan Ainnur. Ashraf terlalu ego hingga nafikan cemburu tu tandanya cinta.

Cemburu Ashraf bertambah terhadap Ainnur bila Faisal menagih cinta Ainnur walaupun Ainnur hanya menganggap Faisal sebagai abang. Ashraf bertambah terkejut bile mendapat tahu yang Faisal telah bertunang dengan Ain Airina iaitu bekas kekasihnya. Faisal tidak sukakan Ain Airina dan mereka disatukan oleh keluarga.

Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudiannya. Pada malam pengantin rahsia Ainnur yg berpendidikan terkantoi. Ashraf terlihat gambar graduation Ainnur di luar Negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia tak pedulikan isterinya. Ainnur di penang dan Ashraf di KL. Kawan serumah Ainnur nasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi.

Ats nasihat Adam iaitu abang Ashraf, Ashraf cuba untuk menerima Ainnur. Dia plak berusaha memikat semula hati Ainnur. Ainnur pelik dengan sifat romantic Ashraf terhadapnya. Ashraf amat pasti yg cintanya ada pada Ainnur. Mereka macam pasangan baru bercinta hahaha. Ashraf dan Ainnur akhirnya bersatu sebagai suami isteri yang sebenar. Larangan kedua belah pihak untuk bersabar sehingga hari persandingan diabaikan. Benda halal. Kampong girl n budak Bandar!

Pada hari persandingan, Ainnur pengsan dan dia disahkan hamil. Ashraf happy giler. Keluarga mereka mengusik Ashraf yang tidak sabar tunggu hingga hari persandingan. Kampong girl yang amat dibenci menjadi orang yang amat dicintai oleh budak Bandar. So sweet. Faisal plak akan berusaha untuk terima Ain Airina dalam hidupnya.

Nota kaki :
Hope cerita ni lebih 'Sweet' drpd SSID !

Pengalaman Ujian MEdSI di UPSI

Assalamualaikum dan selamat datang semua pembaca. Sekarang ni kan tengah musim orang dapat result SPM/STPM, so tahniah kepada yang berjaya m...