Thursday 28 March 2013

8 Cara Pemakaian Tudung

ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi,tengah hari ,petang dan malam untuk korang ! Alhamdulillah hidup lagi kita hari ni. Hari-hari Terakhir dalam bulan mac ni , Tak ku sangka , Tak ku duga , dah nak masuk bulan April dah kan ? cepatnya masa berlalu ,Btw , Hari ini Idayu nak Storymory sikit tentang cara pemakaian tudung .

Zaman sekarang ni macam-macam jenama tudung ada , betul takk ? Ariani lah ,Nur kasih lahh , macam - macam ! Yang penting tutup aurat , Cukup !Tak nak cite panjangg ,pada siapa yang suka .Baca dengan teliti ye :) . Sebelum tuhh , Idayu nak kreditkan entry kali ni dekat akak kidal kitew ---->Lyssa .



1. Janganlah pulak korang pakai tudung yang jarang , nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada korang tu ye . Tetapi , kalau korang nak pakai jugak tudung yang jarang sebab dah beli mahal berbillion kan , korang digalakkan memakai baju lengan panjang . (turtle neck) yang menutupi leher.
Itu adalah salah satu cara yang paling bagus :)

2. Make sure korang memakai anak tudung supaya anak rambut korang yang kecil-kecik comel tuh tak nampak . Ianya juga memberi gaya yang lebih kemas, rapi dan menutup cacat celanya pemakaian tudung :) Kemas .. Nampak lebih bergaya .. Ecehhh


3. Pemakaian tudung yang pelbagai gaya dan corak juga amat membantu korang tampil berlainan dan kelihatan lebih menarik . Gaya tudung ke tempat kerja tidak perlu terlalu menonjolkan rekaan corak atau bunga yang melampau-lampau ye. Isk2 .. sakit mata memandang yo . hehe.


4. Untuk nampakkan lebih berseri , korang boleh lah gayakan dengan kerongsang yang sesuai . Kedudukan kerongsang juga memainkan peranan yang penting. Misalnya kerongsang yang disemat kan di bahagian baju menampakkan si pemakai kelihatan lebih kemas dan menarik .


5. Korang juga digalakkan memakai baju yang kosong kerana ianya boleh dan mudah dipadankan dengan banyak tudung yang bercorak . hehe . Tapi , Lyssa tak suka pun tudung yang bercorak-corak banyakkk sangat . hek hek :)


6. Dalam pemilihan kerongsang . korang pakailah kerongsang yang bersaiz kecil. Jika tudung korang tu berwarna merah kan , pakailah kerongsang yang bewarna keemasan (gold color) , sementara tudung yang berwarna lain pula dengan kerongsang bewarna perak (silver color).


7. Bagi korang yang berbadan besar tidak digalakkan untuk memakai kerongsang yang besar . Jika mahu yang besar , cari yang berbentuk panjang ok ? hehe .


8. Jangan tutup bahu dengan tudung korang tu ! Nanti , badan korang akan kelihatan lebih besar . So , korang boleh lah sematkat dengan kerongsang yang kecil dan lekatkan di bahagian baju supaya tidak nampak menggelebeh.



So , lepas ni korang boleh lah mencuba ! Mesti bertambah comel .
Bagi yg tak pernah cuba tuh , cubalahh , mana tahu Allah buka pintu hati kita untuk berhijab ?
Wallahualam .

No comments:

Pengalaman Ujian MEdSI di UPSI

Assalamualaikum dan selamat datang semua pembaca. Sekarang ni kan tengah musim orang dapat result SPM/STPM, so tahniah kepada yang berjaya m...