Friday 7 November 2014

Lifeless


Assalamualaikum


Dah 5 bulan lebih aku tak update blog ni ! Hahaha . Apa ada kesah, siapalah nak baca blog aku ni ,aku rasa aku sorang je kot yang baca . hehehe. Lepas habis PT3 ni, aku rasa bosanlah pergi sekolah, hidup aku sungguh LIFELESS.Pagi solat dhuha lepas tuh main bola jaring . Main biasa-biasa takpalah jugak ini siap gaduh-gaduh sebab pengadilan yg tidak adil ! Masuk kelas pergi cari pasal dengan org .. Apakah ini semua harus berlaku ..

Tapi sebenarnya syok jugak tengok diorang bergaduh ! Mihahaha. aku peduli apa yg penting hidup aku bahagia . 

.

Aku sebenarnya tengah takut,berdebar gila nak tunggu keputusan PT3 (hanya Allah yg tahu). Semua cikgu cakap yang kitaorg semua susah nak score A ! Omaigod macam mana ni , dah la mak aku paksa aku masuk asrama . Sebenarnya aku seram sejuk sikit nak masuk asrama nih . Ala tahu-tahulah sekarang ni musim buli-membuli ~ 

Tapi perasaan nak masuk asrama tupun adalah jugak sebab aku malas nak duduk rumah asyik kena bebel je . nanah kat telinga aku ni semuanya dah mengeras dah . Benda yg remeh pun boleh jadi isu .hahahaha dunia dunia !



Okaylah aku dah bosan tahap babun dah ni . daripada aku merapu melebih-lebih baik aku chaw dulu .Ni aku nak kongsikan satu cara untuk buat kucing korang yang suka mengiaw tuh senyap !















  







Terima kasih 






Tuesday 27 May 2014

Impian

Assalamualaikum

Beach Sunrise - Norfork, Virginia  Bill was stationed  here in 1969.  We left in 1970 for Michigan.

Selamat tengah hari . Hari pertama cuti sekolah yang membosankan . Tajuk entry kali ini memang menggelikan , tapi korang buad tak tahu sudah la . Aku cuma nak cerita tentang impian aku . Yeah , cerita tentang impian aku di tengah hari buta ini .

Well , semua makhluk di muka bumi ni ada impian walaupun dia seekor semut . Ehekk , mukaddimah aku memang cegini , korang takyah pelik sangat . Aku tahu semua org ada impian such as nak dapat 9A+ spm , nak jadi hot macam Syasya Solero dan macam-macam lagi la kan . Tapi bagi aku , aku ada beberapa impian yang takmungkin susah untuk aku capai . 

1.iPhone 5S

Loving the gold iPhone 5s ❤️ glad I bought one

Aku drpd dulu memang nak sangat ada iphone nih , lagi-lagi iphone 5s . Aku memang berkenan sangat lah dengan iphone nih . Kalau korang nak tahu , aku jelez gila tengok org pakai iphone ! Ahaksss . Macam ape entah nak jelez tengok org pakai iphone ~ Tapi nak buat mcm manakan , aku ni mana mampu nak pakai iphone . Huhhh

2. DSLR

Yummy dslr strap, https://www.etsy.com/listing/153996791/holidays-gift-polka-dot-camera-strap

Ini satu lagi , aku nak sangat sangat sangat  . Hehehehe , tapi aku takde lah batak sangat dengan benda nih . Bagi aku kamera biase pun tak pe , asalkan aku ada kamera. Aku nih bukannya kaki selfie pun , aku cuma nak tangkap gambar kenangan-kenangan terindah je .

If you can dream it. You can do it. - Walt Disney

Kata-kata semangat yang mengakhiri entry yang skema pada kali ini . Sekian

Terima Kasih

Saturday 17 May 2014

#DIY - Do It Yourself !

Assalamualaikum 

Hari ini aku nak cerita tentang DIY . Korang tahu tak DIY Tuh apa ? Sebenarnya DIY itu ialah Do It Yourself . Ahaha , agak kelakar sebab selama ini aku ingat maksud dia Day In Year ! Huhh , ditipu hidup-hidup . Kalau korang nak tahu , DIY ni kita kena buat sendiri . Yelah , dah nama pun Do It Yourself ! DIY nih macam-macam kita boleh buat . Contohnya macam flower crown.


Kalau korang nak cuba silakan . Takda masalah . Boleh jimat duit daripada kita beli kat orang . betul kan ?



Tadaaaaa ! Kan best kalau dapat buat sendiri !


Dan disini disertakan DIY yang lain-lain .

DIY Lip Balm






Sebenarnya banyak lagi benda yang korang boleh DIY . Cuma tengok kreativiti dan kerajinan korang je . Kalau nak tengok banyak lagi gambar DIY korang boleh Google sendiri ! Gambar-gambar yang aku ambil ini semua datangnya daripada Pinterest ! Itu Pinterest aku . So jangan lupa cuba sendiri DIY korang !

Terima Kasih

Friday 9 May 2014

#throwback

Assalamualaikum

Setelah sekian lama teman bersara daripada dunia berblogger (ecececeh) hari ini saya muncul kembali . Teman pasti ramai yg rindu dekat teman kan . Huh , apa jenis ayat yang aku tulis tuh ? Whateverlah . So hari ini aku cuma nak tunjuk gambar-gambar waktu aku kecik-kecik dulu . Feeling-feeling throwback gittuw . Ahakss !


Harap korang semua jangan salah sangka . Itu bukan aku , tapi itu adik aku , Imran nama dia . Tapi aku panggil dia Iwan . Haha jauh sangat lari kann ?


Again . Imran . Waktu kecik-kecik dia memang comel . Comel gegila ! Tapi bila dah besar ? Huh 


This is my cat #Mawithecute . Nak tahu tak kenapa kiteorg letak nama dia Mawi ? Okey macam ni cerita dia , waktu tuh fenomena Mawi . Iklan ubat gigi sampai ke maggi semuanya Mawi . So my ayah letak lah nama dia Mawi . Tak silap aku ni gambar tahun 2005 macam tuh kot ?


#Mawithecute cakap " Eh awak , cepatlah kita nak makan nih ! Lapar kowt . kalau awat tak nak bagi makan kitew merajuk 1 minggu ! " Ahakss . Kau mampu nak merajuk bagai ? #Mawithecute je boleh merajuk 1 week okeyy ~

Okey setakat ini sahaja cerita tentang #throwback aku . Bersambung di episod #throwback 2 ! Ahahakks


Terima Kasih

Tuesday 8 April 2014

Gambar Kedah Dilanda Musim Bunga Sakura 2014




Gambar kedah kini dilanda musim bunga seperti Sakura pada bulan April 2014. Orang ramai kini boleh menikmati keindahan musim bunga sakura seperti di negara Jepun dengan hanya berkunjung ke negeri Kedah. Fenomena “musim bunga sakura” ini tumbuh mekar selepas musim kemarau yang panjang melanda Kedah. Selain negeri Kedah, beberapa negeri lain di Malaysia turut mengalami musim bunga yang sama.

Gambar Kedah Dilanda “Musim Bunga Sakura” 2014
..
Copy : Sini
Pstt : Lepas nih kat Perak pulak tau ! :D 

Saturday 15 March 2014

20 Tip Kurus Mudah & Berkesan


Assalamualaikum . Harini cuma nak share tentang beberapa tips untuk kurus . Copy from here


1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu

4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.

9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.

11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori

12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.

13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.

14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.

15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda


16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti

17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.




Thank You

Pengalaman Ujian MEdSI di UPSI

Assalamualaikum dan selamat datang semua pembaca. Sekarang ni kan tengah musim orang dapat result SPM/STPM, so tahniah kepada yang berjaya m...